Iklan

[VIDEO] Hadi seru sokong Perikatan, tolak Muafakat

Nabihah HamidFikri Ghazali4 years ago2nd Apr 2021Video
Iklan

PRESIDEN PAS Hadi Awang tampil menyelar usaha perpecahan dan kempen menyelamatkan pemimpin tertentu dari tindakan undang-undang.

Ia menjawab kata dua Umno dalam perhimpunan agung parti itu pada hujung minggu lalu, yang mendesak PAS memilih sama ada untuk meneruskan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN).

Ahli Parlimen itu dalam kenyataannya hari ini juga menyeru agar kumpulan Islam menyokong kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

PAS katanya menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa. – 2 April, 2021.

Iklan
Iklan