Iklan

[VIDEO] Najib tahu RM42 juta dana SRC masuk akaun, kata pendakwa

Fikri GhazaliNabihah Hamid4 years ago20th Apr 2021Video
Iklan

BEKAS Perdana Menteri Najib Razak tahu RM42 juta milik SRC International dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kata pendakwa Raya V Sithambaram pada Mahkamah Rayuan.

Jelasnya, penafian Najib sama sekali tidak benar kerana wang tersebut terbukti diseleweng untuk kegunaan Najib.

Beliau berhujah pada perbicaraan rayuan Najib terhadap sabitan serta hukuman penjara kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International.

Prosiding dijalankan di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Abdul Karim Abdul Jalil. – 20 April, 2021.

Iklan
Iklan