Iklan

[VIDEO] Perbicaraan kes SRC International adil, kata Sithambaram

Nabihah HamidSumardi Susilo4 years ago22nd Apr 2021Video
Iklan

PERBICARAAN kes seleweng dana SRC International membabitkan Najib Razak dijalankan dengan adil dan mengikut undang-undang yang sah, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram menegaskan pembelaan diberi peluang yang adil dalam membela bekas perdana menteri.

Sithambaram berkata demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Abdul Karim Abdul Jalil pada pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International. – 22 April, 2021.

Iklan
Iklan