[VIDEO] Timbalan speaker tuntut Takiyuddin perjelas kedudukan Parlimen
Iklan
TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said mempersoal kenyataan Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan bahawa jawatankuasa Parlimen masih boleh memantau kerajaan semasa darurat.
Ahli Parlimen Umno itu juga meminta Takiyuddin menjelaskan mengenai kedudukan sebenar Parlimen dan kuasa Jawatankuasa Khas Bebas pada masa ini.
Azalina merujuk kepada kenyataan Takiyuddin pada Isnin lalu mengenai kebenaran untuk Parlimen bersidang semula pada masa sesuai.