Iklan

[VIDEO] Kalau tak setuju debatlah, bukan guna polis - kata Zunar

Nabihah HamidFikri Ghazali4 years ago29th Apr 2021Video
Iklan

KARTUNIS politik, Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar mengecam tindakan kerajaan yang menyekat kebebasan bersuara melalui karya satiranya.

Terbaru, Zunar mendedahkan akan disiasat polis berhubung gambar satira yang menyindir seorang pegawai kanan, hanya beberapa hari selepas Fahmi Reza ditangkap. 

“Kamu tidak setuju dengan pandangan saya, tapi jangan guna undang-undang. Sekiranya pengkritik fitnah atau hina peribadi ia boleh dibawa ke mahkamah melalui saman malu.

“Menggunakan polis dan akta drakonian adalah salah. Saya tentang kaedah ini. Sepatutnya berdebatlah untuk jawab isu tersebut,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.
Zunar berkata beliau disiasat berhubung kartun lukisannya pada Januari yang berkaitan dengan keputusan kerajaan Kedah membatalkan cuti Thaipusam.

Ia memaparkan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan pisau pemotong daging untuk menetak meja yang diduduki beberapa individu daripada pelbagai kaum.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah dua seksyen 505C Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau akan hadir di Ibu Pejabat Daerah Padang Terap pada jam 11 pagi pada 2 Mei ini. – 29 April, 2021.

Iklan
Iklan