Iklan

[VIDEO] Bicara 1MDB, rayuan kes SRC ditangguh, peguam Najib jalani kuarantin

Fikri GhazaliNabihah Hamid3 years ago3rd May 2021Video
Iklan

PERBICARAAN kes bekas Perdana Menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rayuan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan, ditangguhkan.

Ia berikutan seorang daripada peguam utamanya sedang menjalani kuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee melalui mesej WhatsApp kepada wartawan hari ini.

Iklan
Iklan