[VIDEO] Jangan tanggung dosa PN, kata Ku Li
Iklan
UMNO akan menerima padah dan menanggung dosa sekiranya masih bersama Perikatan Nasional,kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Veteran Umno itu berkata lperlaksanaan darurat yang memudaratkan rakyat selain memberi kesan kepada pelaburan adalah dosa besar yang perlu dipikul.
Bekas Menteri Kewangan itu kecewa PN menyebabkan rakyat menderita dengan perlaksanaan darurat sehingga Ogos ini.
“Apatah lagi kita terus-menerus kita memerintah dibawah darurat, maka kurangnya modal masuk negara kita.
“Jadi ini semua dosa yang kita tanggung. Kenapa Umno mesti pikul tanggungjawab ini. Umno tak patut berkongsi kesalahan ini, kerana kita tak salah,” kata Ku Li kepada The Malaysian Insight. – 10 Mei, 2021.