[VIDEO] Calon PM tak semestinya Presiden Umno, kata Ku Li
Iklan
UMNO tidak seharusnya mengikut tradisi lama dengan mencalonkan Presiden Umno sebagai calon Perdana Menteri, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Bahagian Umno Johor Baru Shahril Samad yang mengatakan amalan menjadikan Presiden sebagai calon PM perlu ditinggalkan.
“Banyak negeri maju di Britain dan AS orang yang jadi Presiden bukannya ketua parti. Dia jaga dasar dan perjuangan parti.
“Sampai masa, bila nak jadi calon dia pilih yang betul-betul layak,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 10 Mei, 2021.