[VIDEO] 6 mangsa nahas LRT kritikal, kata menteri
Iklan
ENAM penumpang yang terbabit dalam kemalangan antara dua LRT semalam kini berada dalam keadaan kritikal, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.
Annuar berkata tiga daripada enam mangsa yang kritikal itu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Beliau menerusi Twitter berkata 64 penumpang yang cedera dalam nahas itu dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Selain enam yang kritikal, 15 penumpang mengalami kecederaan semi kritikal sementara 43 lagi tidak kritikal, katanya lagi.
Semalam, pada pukul 8.45 malam di terowong bawah tanah antara stesen KLCC dan Kampung Baru.
Sebuah lagi tren dikatakan sedang dipandu uji berikutan masalah dan hanya membawa seorang penumpang.
166 penumpang yang cedera ringan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital berdekatan. – 25 Mei, 2021.