Iklan

[VIDEO] Tajuddin dipecat kerana suara rakyat

Nabihah HamidFikri Ghazali3 years ago29th May 2021Video
Iklan

PELUCUTAN jawatan Tajuddin Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dalam Prasarana adalah disebabkan suara rakyat.

Peguam Haniff Khatri berkata ia setimpal dengan sikap ahli Parlimen Pasir Salak itu yang dilihat tisak profesional dan biadap sewaktu sidang media nahas LRT minggu lalu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada Mei tahun lalu sebaik saja Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.

Tajuddin dikecam pengguna media sosial berkenaan cara beliau mengendalikan sidang akhbar.

Pada Isnin, dua tren LRT bertembung di laluan bawah tanah antara stesen KLCC dan Kampung Baharu menyebabkan 166 penumpang cedera ringan.

Manakala 47 yang lain cedera parah dengan tiga daripadanya dirawat di unit rawatan rapi kerana mengalami pendarahan di bahagian otak. – 29 Mei, 2021.

Iklan
Iklan