[VIDEO] Hospital swasta perlu bantu imunisasi kebangsaan
Iklan
LEBIH seratus hari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan sejak Februari lalu. Kira-kira 2 juta penduduk menerima suntikan dos pertama. Manakala, lebih 1juta penduduk telah lengkap menerima suntikan yang kedua.
Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menyarankan hospital swasta bantu kerajaan dalam proses imunisasi kebangsaan.
Presiden APHM, Dr Kuljit Singh cadang hospital swasta bekerjasama dengan PICK menggunakan bekalan yang disediakan kerajaan dahulu. – 8 Jun, 2021.