[VIDEO] Parlimen paling awal bersidang pada September, kata Muhyiddin
Iklan
PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin berkata parlimen dijangka bersidang paling awal sekitar September atau Oktober.
Bagaimanapun, persidangan dibawah fasa 3 Pelan Pemulihan Negara itu akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Muhyiddin menegaskan pendiriannya bahawa parlimen akan berfungsi semula pada masa yang sesuai iaitu setelah kes Covid-19 terkawal dan rakyat hampir mencapai imuniti kelompok. – 15 Jun, 2021.