[VIDEO] Siasat pemimpin Bersatu ‘bolot’ lima jawatan dalam MARA – gesa Akmal
Iklan
PEMUDA PKR Akmal Nasir mendakwa terdapat lambakan lantikan politik bagi mengisi jawatan dalam agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ia bukan saja akan menjejaskan imej malah prestasi syarikat tersebut.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu mendakwa salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah dalam kelima-lima syarikat berkaitan MARA.
Justeru beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan. 15 Jun, 2021.