[VIDEO] Ku Li mohon Raja-Raja Melayu lantik PM baharu
Iklan
AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memohon Raja-Raja Melayu memilih seorang perdana menteri baharu mengetuai kerajaan bagi menyelamatkan negara.
Veteran Umno yang dipanggil Ku Li itu berkata Raja-Raja Melayu bertanggungjawab memainkan peranan mereka kerana Dewan Rakyat bermasalah untuk menyelesaikan krisis penularan Covid-19.
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut menjelang persidangan Khas Raja-Raja Melayu petang ini. – 16 Jun, 2021.