[VIDEO] Nasihat Agong buka Parlimen atau letak jawatan, gesa Pakatan
Iklan
NASIHAT Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Shah untuk buka Parlimen secepat mungkin atau letak jawatan, kata Pakatan Harapan (PH) kepada Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri itu kini dilihat tiada pilihan lain malah dilihat tidak lagi layak menerajui kerajaan sekiranya melambat-lambatkan lagi urusan tersebut.
Kenyataan dikeluarkan bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Mereka berkata “teramat jelas” bahawa Muhyiddin perlu menjunjung titah dan menasihati Al-Sultan Abdullah secepat mungkin. – 17 Jun, 2021.