[VIDEO] Agong, PM langgar sumpah jawatan jika langgar perlembagaan, kata Ku Li
Iklan
YANG di-Pertuan Agong dan juga perdana menteri melanggar Perkara 55 Perlembagaan sekiranya Parlimen tidak bersidang segera.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata peruntukan itu jelas menyatakan tanggungjawab baginda memanggil sidang Parlimen dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan terakhir.
Justeru, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak boleh menasihati baginda melanggar peruntukan tersebut. – 18 Jun, 2021.