[VIDEO] 3 negeri Pakatan sedia bersidang seawal Ogos
Iklan
SELANGOR, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan, 3 negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan sedia mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seawal Ogos ini, kata pemimpin negeri.
Bagaimanapun ia tertakluk perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mereka akan segera mendapatkan perkenan untuk membolehkan DUN masing-masing bersidang segera.
Speaker DUN Selangor dan Negeri Sembilan juga berkata mereka sedia untuk melaksanakan persidangan sekiranya ditetapkan demikian. – 17 Jun, 2021.