[VIDEO] Imigresen tahan 309 di Dengkil, Selangor
Iklan
SERAMAI 309 pendatang tanpa izin daripada 715 yang diperiksa dalam operasi bersepadu di kawasan kediaman sebuah tapak pembinaan di sekitar Dengkil, Selangor ditahan Jabatan Imigresen.
Mereka terdiri daripada 280 lelaki dan 29 wanita berasal dari negara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.
Pihak berkuasa menerima aduan orang awam yang mendakwa tempat tinggal mereka dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.– 21 Jun, 2021.