[VIDEO] Sekatan diperketat, tiada himpunan baju hitam
Iklan
SELEPAS kecoh mengenai video seruan berdemo berpakaian serba hitam, polis melaksanakan sekatan jalan raya di Kuala Lumpur.
Laluan utama ditutup antaranya yang menghala Dataran Merdeka, Masjid Negara dan beberapa kawasan tumpuan.
Bagaimanapun tinjauan TMI sejak pagi tadi mendapati tiada sebarang perhimpunan seumpama itu dilakukan.
Kawasan sekitar yang disebut-sebut turut lenggang dan hanya anggota keselamatan.
Ketua balai polis Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, dia mengerahkan seramai 40 pegawai dan lebih 150 anggota polis untuk memantau sebarang pergerakan aktiviti berhimpun.
Semalam, rakyat Malaysia diseru dalam sebuah video berdurasi 2 minit 39 saat untuk keluar beramai-ramai ke di atas jalan memakai baju hitam pada 30 Jun mulai jam 12 tengahari.
Ia sebagai tanda protes rakyat yang mendakwa kerajaan gagal.
Antara kawasan yang disebut di dalam video berkenaan ialah Istana Negara, Dataran Merdeka, Masjid Putrajaya, Istana di setiap negeri dan pejabat KWSP di setiap negeri.
Orang ramai diseru memberikan sokongan dengan duduk di dalam kenderaan masing-masing sambil membunyikan hon. – 30 Jun, 2021.