Iklan

[VIDEO] PAS sudah jauh dari NGO Melayu-Islam, kata pemimpin badan masyarakat

Iklan

HUBUNGAN PAS dengan pertubuhan Melayu dan Islam semakin menjauh selepas parti Islam itu menyertai kerajaan dan mendirikan pentadbiran Perikatan Nasional di Putrajaya dan beberapa negeri setahun yang lalu, kata pemimpin badan masyarakat (NGO).

Mereka merasakan PAS tidak lagi mempedulikan mereka walaupun suatu ketika dahulu bersama-sama NGO Islam memperjuangkan isu-isu agama dan masyarakat.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya berkata pihaknya juga terkilan kerana PAS seolah-olah menganggap NGO seperti mereka bukan sebahagian daripada komponen dalam masyarakat yang boleh memberi impak kepada pentadbiran negara. –1 Julai, 2021.

Iklan
Iklan