[VIDEO] Kempen bendera hitam gesa Muhyiddin letak jawatan
Iklan
SELEPAS kempen kibar bendera putih, kini muncul pula kempen kibar bendera hitam.
Kempen tersebut mula digerakkan sejak semalam, menyeru orang ramai menyebarkan bendera hitam pada Sabtu 3 Julai ini dikatakan sebagai tanda “kegagalan” kerajaan PN sekarang.
Kempen itu digerakkan Sekretariat Solidariti Rakyat yang juga penganjur himpunan Undi18, maklum setiausaha agung penaja parti Muda Amir Abdul Hadi dalam satu kenyataan di Facebook.
Menerusi kenyataannya, Amir berkata kempen kibar bendera hitam ini bagi menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap kegagalan Muhyiddin serta barisan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN). – 2 Julai, 2021.