[VIDEO] Ku Li sedia jadi PM sementara
Iklan
VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah sedia jadi perdana menteri sementara jika negara sekali lagi berdepan dengan krisis politik.
Ahli Parlimen Gua Musang berkata sesiapa sahaja akan memikul tanggungjawab itu, jika perlu, demi kepentingan rakyat.
Umno memutuskan parti menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan keputusan mesyuarat lebih empat jam itu berkata Umno mendesak Muhyiddin letak jawatan segera. – 8 Julai, 2021.