[VIDEO] Apa jadi pada kerajaan Muhyiddin selepas Umno tarik sokongan?
Iklan
BANYAK kemungkinan yang boleh berlaku selepas Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai PM.
Sekiranya keputusan Majlis Tertinggi Umno tidak sehaluan dengan 38 Ahli Parlimen, maka mungkin akan berlaku pemecatan atau tindakan keluar parti, kata Dr Awang Azman Awang Pawi.
Penganalisis politik UM itu turut menjangkakan parti Umno akan mempertahankan keputusan dan berlaku undi tidak percaya Parlimen selain pembentukan kerajaan interim.
Sementara itu, Dr Kartini Aboo Thalib jika ahli Parlimen Umno turut menarik sokongan terhadap Muhyiddin, maka ahli Parlimen Pagoh itu perlu menyerahkan semula kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan baru.
Bagaimanapun kata penganalisis UKM itu, rundingan adalah jalan terbaik untuk memastikan tidak tumbangnya kerajaan kerana fokus utama adalah untuk selesaikan pandemik Covid-19. – 8 Julai, 2021.