Iklan

[VIDEO] Lebih ramai rakyat tertekan dan jatuh miskin akibat pandemik Covid-19

Iklan

KADAR kemiskinan Malaysia naik kepada 8.4% berbanding 5.6% tahun lalu kerana pandemik Covid-19, kata Pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid.

Katanya, ini bermaksud jumlah isi rumah yang jatuh ke dalam kemiskinan naik dari 405,000 kepada 607,000 iaitu seramai 200,000 lagi isi rumah jatuh miskin.

“Kalau isi rumah ada lima orang, ini bermaksud sepanjang tahun lepas, satu juga rakyat Malaysia jatuh miskin,“katanya kepada The Malaysian Insight.

Tambah Muhammed, perubahan sosioekonomi tidak berlaku malah bertambah teruk seperti yang dapat dilihat dalam kempen bendera putih ditunjukkan rakyat yang ada masalah kewangan. – 9 Julai, 2021.

Iklan
Iklan