[VIDEO] Rakyat turun ke jalan jika Muhyiddin enggan undur
Iklan
SEKUMPULAN aktivis mengancam untuk menggerakkan demonstrasi jalanan sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin enggan berundur.
Memberi nama ‘Kempen Black Malaysia’, Gabungan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) itu antara lain mendesak sidang penuh Parlimen diadakan segera selain menamatkan darurat serta-merta.
Kempen Black Malaysia digerakkan melalui isyarat memasang bendera hitam di rumah dan kenderaan serta berpakaian hitam bermula 3 petang, 10 Julai iaitu esok. – 9 Julai, 2021.