[VIDEO] Hanya dakyah politik, Pejuang tiada kerjasama dengan PN, kata Marzuki
Iklan
KELULUSAN terhadap pendaftaran Pejuang bukanlah perancangan Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presidennya Marzuki Yahya.
“Itu dakyah politik semata mata untuk mengaburi mata persepsi masyarakat yang kononnya itu sebahagian daripada ‘scheme of thing’ PN untuk Pejuang diluluskan
“Saya nak tegaskan setegas-tegasnya, kelulusan kita bukan usaha ‘scheme of thing’ tapi apa kita lakukan ikut lunas undang-undang dan proses RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan).
“Kalau kita tak diluluskan mereka langgar peraturan dan undang-undang, bila diluluskan saya lihat tiada sebab mereka tak nak luluskan kita,” kata Marzuki, dalam wawancara bersama The Malaysian Insight. – 16 Julai, 2021.