Iklan

[VIDEO] Kerajaan gagal hanya reti bahasa jalan, kata aktivis

Iklan

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) hanya faham “bahasa jalan raya”, kata Sekretariat Solidariti Rakyat, merujuk pada tunjuk perasaan untuk rakyat menyuarakan desakan menuntut pengurusan krisis berkaitan penularan Covid-19 yang lebih baik.

Jurucakapnya Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar berkata “bahasa jalan raya” atau tunjuk perasaan adalah jalan akhir rakyat kerana semula saluran dan keluhan semalam ini tidak berhasil, lebih-lebih lagi Parlimen yang ditutup sejak awal tahun ini.

“Akhir sekali rakyatlah yang kena desak… petisyen dah banyak petisyen, langkah terakhir adalah demonstrasi apabila pelbagai tuntutan tak dilaksanakan,” kata Asraf, dalam wawancara bersama The Malaysian Insight.

Iklan
Iklan