Iklan
h

[VIDEO] Doktor di Maeps batal protes selepas diugut

Sumardi Susilo3 years ago26th Jul 2021Video
Iklan

KETIKA doktor kontrak di seluruh negara melancarkan protes Hartal Doktor Kontrak pagi tadi, doktor di PKRC Maeps Serdang terpaksa membatalkan protes mereka kerana diugut akan ditahan polis, dakwa kumpulan Hartal Doktor Kontrak.

“#MAEPS diugut dengan police arrest. Kena ugut dengan atasan, kena ugut dengan polis,” kata kumpulan itu menerusi Twitter.

Bagaimanapun, beberapa doktor di PKRC berkenaan tetap memuat naik gambar kumpulan bersama plakad yang tertulis “Memprotes tapi pesakit keutamaan kami” sebagai tanda solidariti. – 26 Julai, 2021.

Iklan
Iklan