Iklan

[VIDEO] Sahkah kerajaan Perikatan sekarang, tanya Najib

Syazwana AmirFikri Ghazali3 years ago27th Jul 2021Video
Iklan

SELEPAS barisan membangkang mendesak kerajaan memperjelaskan pemansuhan Ordinan Darurat, bekas Perdana Menteri Najib Razak juga meminta isu ini diterangkan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan semalam mengelirukan dan perlu penjelasan yang tepat dan terperinci.

Terdahulu, Takiyuddin memaklumkan Yang diPertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sudah membuat satu petua semalam dimana semua persoalan berhubung pemansuhan Ordinan Darurat akan dijawab Isnin depan. – 27 Julai, 2021.

Iklan
Iklan