Iklan

[VIDEO] Varian Delta, hospital sesak punca kematian Covid-19 naik, kata doktor

Iklan

JUMLAH kematian meningkat di hospital adalah disebabkan varian delta selain pesakit tidak dapat rawatan sewajarnya kerana kesesakan di hospital, kata doktor. 

Peratusan tinggi individu yang belum divaksin juga menyumbang kepada kematian Covid-19 yang mencapai angka 8,500.

Lebih 700 daripada 8,254 kematian dilaporkan dalam tujuh bulan pertama tahun 2021 adalah kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID).

Ia dipercayai disebabkan oleh varian Delta yang sangat mudah berjangkit dan berbahaya. – 30 Julai, 2021.

Iklan
Iklan