[VIDEO] Protes #lawan di Dataran Merdeka tuntut Muhyiddin berundur
Iklan
RATUSAN ativis berhimpun di Dataran Merdeka tuntut Muhyiddin Yassin letak jawatan sebagai PM kerana gagal atasi pandemik Covid-19.
Beberapa peserta turut dilihat membawa patung yang dibalut dengan kain putih untuk melambangkan mangsa Covid-19. Lima patung turut diletakkan di jalan berhampiran Dataran Merdeka.
Badan Peguam dan kumpulan sivil lain turut menghantar pasukan pemantau dan menyediakan bantuan guaman secara percuma kepada mereka sekiranya ditahan. – 31 Julai, 2021.