[VIDEO] Takiyuddin masuk hospital, bedah jantung
Iklan
MENTERI Undang-Undang Takiyuddin Hassan dimasukkan ke hospital pada Jumaat untuk pemeriksaan jantung.
Beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan IHEAL di Kuala Lumpur, dan dilaporkan menjalani pembedahan kelmarin.
Bagaimanapun sumber yang dipetik laporan Utusan Malaysia itu berkata, keadaan Takiyuddin stabil dan dijangka akan keluar esok.