[VIDEO] Hanya 5 ahli Parlimen Umno sah tarik sokongan kepada PM, kata sumber
Iklan
SEKURANG-KURANGNYA lima dan bukannya lapan ahli Parlimen menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kata sumber.
Ini kerana ada juga yang menolak Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri tetapi mengikrarkan dukungan kepada kerajaan Perikatan Nasional.
Muhyiddin pada sidang media semalam berkata lapan ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka, seperti yang dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong sewaktu perjumpaan. – 5 Ogos, 2021.