Iklan

[VIDEO] Sekretariat Solidariti Rakyat nafi gerakan bermotif politik

Nabihah HamidFikri Ghazali3 years ago9th Aug 2021Video
Iklan

TIADA gerakan bermotif politik disebalik tindakan sekumpulan aktivis muda yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR).

Jurucakapnya Asraf Sharafi berkata tindakan protes mereka sebelum ini adalah untuk menuntut kerajaan mengembalikan demokrasi ketika ketidakstabilan politik.

Mereka hanya menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia, ahli politik dan parti politik.

Tuntutan tersebut antaranya ialah meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan dan memberi moratorium pinjaman automatik.

Selepas mengadakan tiga tunjuk perasaan, dalam talian dan jalanan, kumpulan itu kini bersiap sedia untuk mengadakan protes lebih besar yang akan diadakan pada 21 Ogos.

Mereka bagaimanapun diberi amaran pihak polis agar tidak meneruskannya. – 9 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan