[VIDEO] Jangan buang masa tahan pengkritik Sanusi, kata Ramasamy
Iklan
POLIS jangan buang masa menahan orang yang didakwa menghina Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana jenakanya mengenai ‘kontena mayat’, kata P Ramasamy hari ini.
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mengatakan dia hairan mengapa polis memberi perhatian khusus kepada Sanusi dalam menangkap dan mendakwa pengkritiknya.
Menurutnya, polis mempunyai lebih banyak perkara penting daripada membuang tenaga dan sumber kewangan mereka untuk mengejar pengkritik Sanusi. – 11 Ogos, 2021.