[VIDEO] Undi percaya PM pada 7 September ini, bukan minggu depan, kata Saifuddin
Iklan
MENTERI Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah menjelaskan undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan dibuat pada 7 September ini.
Dia sekaligus menyangkal dakwaan sidang khas Dewan Rakyat akan dibuat pada 18 Ogos untuk membawa usul percaya terhadap Muhyiddin.
Katanya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sudah mengirim notis kepada semua ahli Parlimen mengenai perkara tersebut. – 12 Ogos, 2021.