[VIDEO] Calon PM Pakatan hanya satu, jangan keliru - kata Anwar
Iklan
MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) hanya menamakan satu nama sebagai calon perdana menteri yang baru adalah bagi mengelakkan kekeliruan, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Majlis Presiden PH pagi tadi dalam satu kenyataan menyeru semua ahli parlimen menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menyokong beliau sebagai penggantinya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata Pakatan tidak menolak kerjasama dengan semua pihak. – 13 Ogos, 2021.