Iklan

[VIDEO] Muhyiddin letak jawatan?

Iklan

MUHYIDDIN Yassin dijangka mengadap Agong jam 12.30 tengahari selepas mengadakan beberapa perjumpaan khas dengan pegawai dan anggota Jemaah Menteri pagi tadi.

Beliau dijangka menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai perdana menteri kepada Sultan Abdullah Billal Shah.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof mendedahkan ahli Parlimen Pagoh itu akan berundur selepas gagal mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat.

Muhyiddin hilang sokongan selepas 15 ahli Parlimen Umno diketuai presiden parti Ahmad Zahid Hamidi menarik balik sokongan mereka kepadanya dan kerajaan Perikatan Nasional.– 16 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan