[VIDEO] Bicara 1MDB tangguh, Najib mahu hadir mesyuarat BN
Iklan
HAKIM membenarkan kes perbicaraan 1MDB Najib Razak dipendekkan berikutan bekas Perdana Menteri itu mahu menghadiri mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Peguam Najib, Shafee Abdullah memberitahu Hakim Colin Lawrence Sequerah memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan pada pukul 10.45 pagi bagi membolehkan Najib menghadiri mesyuarat pada jam 11 pagi.
Katanya, anak guamnya sebagai penasihat Barisan Nasional (BN) akan hadir ke mesyuarat bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti lain untuk membuat keputusan prmilihan perdana menteri baharu. – 18 Ogos, 2021.