[VIDEO] Daerah Yan diisytihar bencana tahap satu
Iklan
KERAJAAN negeri Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai kawasan bencana tahap satu berdasarkan Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata semua agensi kerajaan sedang mengambil pelbagai langkah yang perlu bagi memastikan musibah yang melanda dapat ditangani dengan berkesan.
Beliau menambah sukarelawan yang mahu membantu juga akan diberikan latihan yang mencukupi bawah penyelarasan MKN.
Dilaporkan tiga mangsa ditemui maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air itu.