[VIDEO] Ini kerajaan Perikatan Nasional, kata Faizal Azumu
Iklan
WALAUPUN Umno menyebut pentadbiran dipimpin Ismail Sabri Yaakob sebagai gabungan namun Bersatu tetap menegaskan ia adalah kerajaan Perikatan Nasional.
Timbalan Pengerusi PN Faizal Azumu berkata ia berikutan majoriti ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri terdiri daripada komponen parti itu.
“Pada kami ini kerajaan PN, kawan sebelah (BN) ada 41 (ahli Parlimen)... Kami percaya kami mewakili kerajaan PN,” kata Ahmad Faizal.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN di Publika, ibu negara, semalam. – 23 Ogos, 2021.