[VIDEO] Zahid Hamidi masuk hospital, perbicaraan mungkin ditangguh
Iklan
PERBICARAAN kes Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ekoran presiden Umno itu sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah, anak guamnya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam kerana mengalami sakit tulang belakang semalam.
Mahkamah Tinggi dijadualkan mendengar penghujahan pada penghujung pendakwaan mulai hari ini dan pada 6 hingga 9 September depan. – 24 Ogos, 2021.