Iklan

[VIDEO] Nama kerajaan tidak penting, rakyat mahukan pembaharuan - kata Najib

Fikri Ghazali3 years ago25th Aug 2021Video
Iklan

APA pun nama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak penting kerana prestasi pentadbirannya yang perlu diutamakan, kata Najib Razak.

Penasihat Barisan Nasional yang juga bekas perdana menteri berkata sesebuah kerajaan bukan dinilai pada nama tetapi melalui pencapaiannya.

“Nama tak penting, pada saya yang lebih diutamakan inilah kerajaan baharu, kerajaan persekutuan… yang menentukan reaksi dan penilaian, rakyat pada akhirnya. Bukan pada nama, tetapi pada keberhasilan.
“Kerana itulah semasa saya mentadbir negara, saya utamakan pencapaian, yang makna kita mesti menunjukkan result. Ini yang rakyat mahu, ” katanya dalam video siaran langsung di Facebook rasminya. – 25 Ogos, 2021.

Iklan
Iklan