Iklan

[VIDEO] Empat Adun jatuhkan kerajaan Melaka untuk cegah kemungkaran, kata Idris

Iklan

TINDAKAN empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka menarik sokongan daripada menyokong kerajaan adalah untuk menyelamatkan Umno, kata Adun Sungai Udang Idris Haron.

Pihaknya juga tidak menjangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan serta-merta disebabkan tindakan tersebut.

Idris bersama empat lagi Adun menarik sokongan daripada menyokong Ketua Menteri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober.

Mereka termasuklah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – 12 Oktober, 2021.

Iklan
Iklan