Iklan

[VIDEO] Projek tambak laut masa zaman saya ikut peraturan - kata Idris Haron

Iklan

ADUN Sungai Udang Idris Haron menegaskan projek tambakan laut mega yang berlaku sewaktu pentadbirannya sebagai ketua menteri Melaka sebelum ini dilakukan dengan tertib mengikut peraturan.

Keadaan itu katanya berbeza sewaktu pentadbiran kerajaan negeri Melaka hari ini apabila projek berkenaan diserahkan kepada syarikat yang baharu ditubuhkan dan meragukan.

Isu penyelewengan royalti pasir menjadi antara alasan untuk empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut bertemu Idris bagi mendapatkan butiran lanjut berkenaan dakwaan tersebut. – 12 Oktober, 2021.

Iklan
Iklan