[VIDEO] Umno Melaka tolak kerjasama dengan Bersatu, kata Mohamad Ali
Iklan
UMNO Melaka sebulat suara menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka Mohamad Ali Mohamad.
Mohamad Ali berkata, semua enam ketua Umno Bahagian di Melaka sebaliknya mahu kerjasama antara PAS dan Umno di dalam Muafakat Nasional (MN) diperkukuh dalam menghadapi PRN yang dijadualkan berlangsung pada 20 November depan. – 1 November 2021.