[VIDEO] Zuraida dan calon PN didakwa merayu undi saat akhir
Iklan
CALON PH Dun Machap Jaya, Law Bing Haw menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap pemimpin Perikatan Nasional (PN) Zuraida Kamarudin dan beberapa calon kerana masih merayu undi walaupun masa kempen telah tamat.
Law Bing bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas apa jenis kesalahan yang dilakukan mereka..
“Saya terima aduan orang awam. Dapat video rakaman bukti. Mereka jelas masih melanggar akta pilihan raya hari ini,” katanya yang membuat laporan polis di IPD Alor Gajah. – 20 November 2021.