Iklan

[VIDEO] Selamatkanlah Bossku! Musnahkan hati orang yang fitnah Najib, kata penyokong

Iklan

PULUHAN penyokong Najib Razak berkumpul di beberapa tempat menyatakan solidariti terhadap bekas perdana menteri itu.

Penyokong melaungkan ‘Hidup Bossku’ dan takbir setia menanti keputusan mahkamah Najib sama ada dibebaskan atau terus disabitkan bersalah.

Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dengan penuh semangat dan mendoakan agar Perdana Menteri selamat dari hukuman bersalah. 

“Selamatkanlah Bossku! Beliau telah berjasa 9 tahun kepada negara,” kata salah seorang penyokong di Putrajaya.

Lokasi mereka berkumpul adalah di luar perkarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Ada juga para penyokong berkumpul di dua kediamanan Najib di Kuala Lumpur. – 8 Disember 2021.

Iklan
Iklan