Iklan

[VIDEO] Tiada aktiviti pembalakan Hutan Simpan Lentang, kata JPNP

Seth AkmalFikri Ghazali3 years ago30th Dec 2021Video
Iklan

JABATAN Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan sama ada secara sah atau haram di dalam Hutan Simpan Lentang, Bentong.

Dalam satu kenyataan, JPNP berkata hasil semakan yang dibuat melalui udara menggunakan dron di Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.

Semakan dibuat berikutan sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan menerusi media sosial. – 30 Disember, 2021.

Iklan
Iklan