Iklan

[VIDEO] Annuar Musa bukan pemimpin terbaik tangani inflasi, kata Khalid Samad

Elill EaswaranFikri Ghazali2 years ago1st Jul 2022Video
Iklan

PELANTIKAN Annuar Musa bagi mengetuai pasukan petugas khas berkaitan inflasi bukanlah penyelesaian terbaik, malah beliau lebih menjadi masalah, kata Khalid Samad.

Khalid berkata, pertama sekali, kerajaan harus menarik balik keputusan mereka untuk menghapuskan subsidi. – 1 Julai, 2022.

Pada Rabu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kabinet bersetuju untuk membentuk Pasukan Petugas Khas Jihad Menentang Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia berdepan peningkatan kos sara hidup.

Annuar dipilih untuk mempengerusikan pasukan petugas itu dan keputusan tersebut dikritik ahli Parlimen pembangkang yang mengatakan tiada menteri atau ahli politik yang sesuai untuk jawatan itu kerana isu inflasi memerlukan pemikir yang sangat teknikal untuk mengendalikannya.

Iklan
Iklan